Monday, 26 September 2016

KESAN PENJAJAHAN BRITISH DI TANAH MELAYU

KESAN-KESAN PENJAJAHAN BRITISH DI TANAH MELAYU IALAH :-

 Munculnya Semangat Kebangsaan yang terus berkembang dalam jiwa anak bangsa selagi mana ada kuasa tertentu yang cuba menganggu gugat negara, agama dan bangsanya. Dalam konteks penjajahan kuasa asing di Tanah Melayu ia telah memberikan sumbangan yang amat besar kepada berkembangnya semangat nasionalisma penduduk di negara ini. Asal usul bertumbuhnya semangat ini adalah disebabkan peranan penjajah yang telah membawa masuk bangsa asing ke Tanah Melayu untuk bekerja di ladang getah dan lombong bijih timah dan juga perkembangan sistem pendidikan yang telah menyedarkan bangsa Melayu untuk bangun menentang kuasa asing yang begitu rakus menyelongkar hasil mahsul negara ini.

  Paling awal adalah penentangan terhadap penjajahan British oleh beberapa individu seperti Dato’ Bahaman, Tok Janggut, Mat Kilau, Mat Salleh, Dato’ Maharajalela dan lain-lain lagi. Peringkat kedua penentangan terhadap penjajahan British dilakukan oleh golongan yang berpendidikan agama, Melayu dan Inggeris. Pendudukan Jepun tidak terkecuali telah menaikkan lagi semangat nasionalisma penduduk Tanah Melayu untuk menentang penjajah. Dalam hal ini, pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada 1942-1945 telah memberi keyakinan kepada penduduk Tanah Melayu bahawa orang Asia mampu menentang orang Barat yang dikatakan kuat dan berpengaruh. Ia juga memberi impak kepada penduduk Tanah Melayu untuk berjuang mempertahankan tanahair mereka disebabkan slogan yang dibawakan oleh tentera Jepun iaitu Asia untuk orang Asia. Seterusnya, Orang Melayu mula bersatu. Orang Melayu pada waktu itu tidak bergaduh atau berkonflik cuma mereka hidup secara terasing dan mengikut kenegerian. Justeru itulah dapat dilihat tertubuhnya persatuan-persatuan yang bercorak kenegerian seperti Persatuan Melayu Selangor, Persatuan Melayu Kelantan, Persatuan Melayu Perak, Persatuan Melayu Pahang dan sebagainya. Jadi, dalam hal ini, penjajahan British telah berjaya menyatupadukan seluruh penduduk Tanah Melayu. Buktinya adalah wujudnya penentangan orang Melayu secara besar-besaran terhadap pengenalan Malayan Union pada tahun 1946. Ekoran daripada inilah terbentuknya Parti UMNO pada tahun 1948 dengan         nama United Malayan National Organization.  Penubuhan Sekolah Inggeris di Tanah Melayu pada waktu itu telah memberi peluang kepada penduduk Tanah Melayu mempelajari bahasa Inggeris dan menyambung pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Selain daripada itu, British juga memperkenalkan tulisan rumi kepada penduduk Tanah Melayu selain tulisan Jawi yang digunakan oleh orang Melayu pada waktu itu. Selain itu, berkembangnya sektor kesihatan bandar dan luar Bandar kerana masyarakat Melayu sebelum kedatangan penjajah British kebanyakannya mengamalkan perubatan secara tradisional dan bergantung kepada pawang atau bomoh untuk mengubati penyakit. Penjajahan British di Tanah Melayu telah memperkenalkan sistem perubatan moden dengan adanya doktor, jururawat, klinik, palang merah dan pusat-pusat kesihatan. Lama-kelamaan pusat-pusat kesihatan ini telah berkembang daripada bandar ke kawasan luar bandar.

 Kesan tidak langsung hasil penjajahan British pada masa dahulu adalah monumen atau bangunan yang menjadi kesan kepada penjajahan British di negara ini. Antara tinggalan sejarah penjajahan asing di negara ini banyak didapati di Melaka kesan pendudukan Portugis dan Belanda, dan beberapa negeri di Malaysia masih menyimpan beberapa bangunan lama penjajahan British dan Jepun. Tinggalan ini juga telah memberi sumbangan kepada pembangunan pelancongan negara dan ini secara tidak langsung juga menjadi antara asas untuk menarik pelancong luar datang ke negara ini.

Sunday, 25 September 2016

PENGAJARAN DAN KESIMPULAN

PENGAJARAN

1) Secara keseluruhannya,  zaman penjajahan kuasa asing di Tanah Melayu khususnya British mendapat tentangan yang hebat daripada penduduk tempatan. Segala pembaharuan yang dilakukan oleh British telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan penduduk tempatan. Oleh yang demikian, ini menimbulkan satu kesedaran dan semangat nasionalisme di kalangan rakyat untuk membebaskan Tanah Melayu dari cengkaman kuasa asing.  Walaubagamanapun penentangan yang dilakukan oleh penduduk tempatan tidak dapat menandingi kekuatan pihak British.  Tetapi rakyat tempatan tidak berputus asa untuk menghalau British dengan pelbagai usaha khususnya dalam meningkatkan kesedaran dan semangat nasionalisme di kalangan penduduk Tanah Melayu sehinggalah akhirnya Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.


2) Kesimpulannya adalah penting untuk memahami dan menghayati tentang kewujudan kerajaan-kerajaan melayu di tanah air suatu ketika dulu. Pemahaman ini dapat melahirkan kesedaran tentang wujudnya satu ketamadunan melayu yang tinggi pada zaman dahulu. Oleh itu harapan kami kepada generasi masa kini ialah menghayati dan menghargai sejarah Negara dan seterusnya mengukuhkan jati diri terhadap tanah air. Fenomena ini juga menjadikan tamudan Malaysia hari ini padat dengan gabungan asimilasi dan sikritisme berbagai-bagai budaya yang membentuk budaya Malaysia yang unggul. Sebagai warganegara , kita perlu mengetahui asal usul bangsa sendiri dengan pengetahuan ini maka akan dapat melahirkan warganegara yang sayang akan Negara dan tidak mudah lupa diri apabila berada di Negara orang. kami cadangkan supaya pelajar-pelajar di Malaysia menittikberatkan hal yang berkaitan dengan sejarah-sejarah Malaysia agar dapat mengenang jasa-jasa pahlawan Negara yang sanggup berkorban untuk mempertahankan tanah air daripada dijajah. Sekian terima kasih.



3) Kekayaan sumber alam telah menarik perhatian kuasa-kuasa asing untuk menjajah negara kita.  Ketiadaan persefahaman dan perebutan kuasa telah menyebabkan kuasa-kuasa asing dengan mudah berjaya menjajah apabila mereka telah cuba untuk campur tangan dengan memihak kepada pihak yang mereka rasakan berkuasa, dan mudah terpengaruh dengan kata-kata mereka.


PERUBAHAN YANG BERLAKU DISEBABKAN SISTEM RESIDEN

Antara perubahan yang berlaku disebabkan pelaksanaan sistem Residen ialah.

*Sultan tidak mempunyai kuasa mutlak dan pembesar kehilangan peranan
mereka

*Sistem pengadilan British diperkenalkan dengan menubuhkan mahkamah

*Pungutan cukai dan hasil negeri yang diketuai oleh Sultan/Raja dan pembesar tempatan diambil alih oleh British


*Sistem perhambaan dihapuskan

Wednesday, 21 September 2016

SUMBER RUJUKAN

SUMBER RUJUKAN


1)  https://www.youtube.com/watch?v=x-XQoUx5L5Q

2) Buku Rujukan Pengajian Malaysia Siri Politeknik

3)  https://www.google.com/search?q=sir+laurence+guillemard&biw=1920&bih=950&source=lnms&tbm=isch&sa=X&sqi=2&ved=0ahUKEwiek4-7mazPAhXCp48KHWkNA_QQ_AUIBygC#tbm=isch&q=penentang+tempatan&imgrc=i7hFzTVLPRPHLM%3A

4)  https://www.google.com/search?q=sir+laurence+guillemard&biw=1920&bih=950&source=lnms&tbm=isch&sa=X&sqi=2&ved=0ahUKEwiek4-7mazPAhXCp48KHWkNA_QQ_AUIBygC

5)  https://www.google.com/search?q=sir+laurence+guillemard&biw=1920&bih=950&source=lnms&tbm=isch&sa=X&sqi=2&ved=0ahUKEwiek4-7mazPAhXCp48KHWkNA_QQ_AUIBygC#tbm=isch&q=penentang+masyarakat+tempatan+menentang+british

6)  https://www.google.com/search?q=sir+laurence+guillemard&biw=1920&bih=950&source=lnms&tbm=isch&sa=X&sqi=2&ved=0ahUKEwiek4-7mazPAhXCp48KHWkNA_QQ_AUIBygC#tbm=isch&q=residen+inggeris+di+tanah+melayu

7)  http://lailysuhada.blogspot.my/

8)  http://www.academia.edu/5781381/ZAMAN_PENJAJAHAN_BRITISH

Tuesday, 13 September 2016

PERUBAHAN SIR LAWRENCE GUILLEMARD

Perubahan-perubahan yang disyorkan oleh Sir Lawrence Guillemard melalui rancangan desentralisasi :

- Menyusun semula Majlis Mesyuarat Persekutuan dengan membawa keluar raja- raja Melayu daripada majlis ini.

- Majlis Mesyuarat Negeri akan diberi kuasa yang lebih untuk pentadbiran negeri termasuk menguruskan belanjawaan negeri

- Jawatan Residen Jeneral dihapuskan

- Beberapa buah jabatan kerajaan yang sebelum ini ditadbir pada peringkat pusat ditukar kepada kerajaan negeri

- Sebuah jawatankuasa ditubuhkan pada tahun 1923 untuk mengkaji pengagihan kuasa tersebut. Akhirnya beberapa cadangan yang dikemukkan oleh Guillemard.




Saturday, 10 September 2016

PENGAGIHAN KUASA PUSAT


PENGAGIHAN KUASA PUSAT (Desentralisasi 1920 – 1941)


- Rancangan Pengagihan kuasa pusat dikemukakan oleh Persuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu.

 Faktor desentralisasi diperkenalkan:
-  Sultan tidak berpuas hati dengan pemusatan kuasa pentadbiran di tangan Persuruhjaya Tinggi
- Pihak British ingin menyatukan negeri-negeri Melayu keseluruhnya yang sebelum ini terdiri daripada NNSNNMB dan NNMTB.
- Kerajaan British ingin mengurangkan perbelanjaan pentadbiran

- Wujud persaingan kuasa antara Residen Jeneral dengan Persuruhjaya British dalam hal ehwal pentadbiran.

Thursday, 8 September 2016

NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU

NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU
*10 Mac 1909 Pihak British dan Siam telah menandatangani satu perjanjianyang dinamakan sebagai perjanjian Bangkok.

*Kerajaan Siam menyerahkan haknya ke atas Kedah, Kelantan, Terengganu, dan Perlis kepada British dan membentuk Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.


*1914, Sultan Johor telah menandatangani satu perjanjian dengan Britishdan bersetuju dengan penasihat British.