KESAN-KESAN PENJAJAHAN BRITISH DI
TANAH MELAYU IALAH :-
Munculnya Semangat Kebangsaan yang terus berkembang dalam jiwa anak
bangsa selagi mana ada kuasa tertentu yang cuba menganggu gugat negara, agama
dan bangsanya. Dalam konteks penjajahan kuasa asing di Tanah Melayu ia telah
memberikan sumbangan yang amat besar kepada berkembangnya semangat nasionalisma
penduduk di negara ini. Asal usul bertumbuhnya semangat ini adalah disebabkan
peranan penjajah yang telah membawa masuk bangsa asing ke Tanah Melayu untuk
bekerja di ladang getah dan lombong bijih timah dan juga perkembangan sistem
pendidikan yang telah menyedarkan bangsa Melayu untuk bangun menentang kuasa
asing yang begitu rakus menyelongkar hasil mahsul negara ini.
Paling awal adalah penentangan terhadap
penjajahan British oleh beberapa individu seperti Dato’ Bahaman, Tok Janggut,
Mat Kilau, Mat Salleh, Dato’ Maharajalela dan lain-lain lagi. Peringkat kedua
penentangan terhadap penjajahan British dilakukan oleh golongan yang
berpendidikan agama, Melayu dan Inggeris. Pendudukan Jepun tidak terkecuali
telah menaikkan lagi semangat nasionalisma penduduk Tanah Melayu untuk
menentang penjajah. Dalam hal ini, pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada
1942-1945 telah memberi keyakinan kepada penduduk Tanah Melayu bahawa orang
Asia mampu menentang orang Barat yang dikatakan kuat dan berpengaruh. Ia juga
memberi impak kepada penduduk Tanah Melayu untuk berjuang mempertahankan
tanahair mereka disebabkan slogan yang dibawakan oleh tentera Jepun iaitu Asia
untuk orang Asia. Seterusnya, Orang Melayu mula bersatu. Orang Melayu pada
waktu itu tidak bergaduh atau berkonflik cuma mereka hidup secara terasing dan
mengikut kenegerian. Justeru itulah dapat dilihat tertubuhnya
persatuan-persatuan yang bercorak kenegerian seperti Persatuan Melayu Selangor,
Persatuan Melayu Kelantan, Persatuan Melayu Perak, Persatuan Melayu Pahang dan
sebagainya. Jadi, dalam hal ini, penjajahan British telah berjaya
menyatupadukan seluruh penduduk Tanah Melayu. Buktinya adalah wujudnya
penentangan orang Melayu secara besar-besaran terhadap pengenalan Malayan Union
pada tahun 1946. Ekoran daripada inilah terbentuknya Parti UMNO pada tahun 1948
dengan nama United Malayan
National Organization. Penubuhan Sekolah Inggeris di Tanah Melayu
pada waktu itu telah memberi peluang kepada penduduk Tanah Melayu mempelajari
bahasa Inggeris dan menyambung pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
Selain daripada itu, British juga memperkenalkan tulisan rumi kepada penduduk
Tanah Melayu selain tulisan Jawi yang digunakan oleh orang Melayu pada waktu
itu. Selain itu, berkembangnya sektor kesihatan bandar dan luar Bandar kerana
masyarakat Melayu sebelum kedatangan penjajah British kebanyakannya mengamalkan
perubatan secara tradisional dan bergantung kepada pawang atau bomoh untuk
mengubati penyakit. Penjajahan British di Tanah Melayu telah memperkenalkan
sistem perubatan moden dengan adanya doktor, jururawat, klinik, palang merah
dan pusat-pusat kesihatan. Lama-kelamaan pusat-pusat kesihatan ini telah
berkembang daripada bandar ke kawasan luar bandar.
Kesan tidak langsung
hasil penjajahan British pada masa dahulu adalah monumen atau bangunan yang
menjadi kesan kepada penjajahan British di negara ini. Antara tinggalan sejarah
penjajahan asing di negara ini banyak didapati di Melaka kesan pendudukan
Portugis dan Belanda, dan beberapa negeri di Malaysia masih menyimpan beberapa
bangunan lama penjajahan British dan Jepun. Tinggalan ini juga telah memberi
sumbangan kepada pembangunan pelancongan negara dan ini secara tidak langsung
juga menjadi antara asas untuk menarik pelancong luar datang ke negara ini.
No comments:
Post a Comment