PENGAJARAN
1) Secara keseluruhannya, zaman penjajahan
kuasa asing di Tanah Melayu khususnya British mendapat tentangan yang hebat
daripada penduduk tempatan. Segala pembaharuan yang dilakukan oleh British
telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan penduduk tempatan. Oleh
yang demikian, ini menimbulkan satu kesedaran dan semangat nasionalisme di
kalangan rakyat untuk membebaskan Tanah Melayu dari cengkaman kuasa
asing. Walaubagamanapun penentangan yang dilakukan oleh penduduk tempatan
tidak dapat menandingi kekuatan pihak British. Tetapi rakyat tempatan
tidak berputus asa untuk menghalau British dengan pelbagai usaha khususnya
dalam meningkatkan kesedaran dan semangat nasionalisme di kalangan penduduk
Tanah Melayu sehinggalah akhirnya Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
2) Kesimpulannya adalah penting untuk memahami dan menghayati tentang kewujudan kerajaan-kerajaan melayu di tanah air suatu ketika dulu. Pemahaman ini dapat melahirkan kesedaran tentang wujudnya satu ketamadunan melayu yang tinggi pada zaman dahulu. Oleh itu harapan kami kepada generasi masa kini ialah menghayati dan menghargai sejarah Negara dan seterusnya mengukuhkan jati diri terhadap tanah air. Fenomena ini juga menjadikan tamudan Malaysia hari ini padat dengan gabungan asimilasi dan sikritisme berbagai-bagai budaya yang membentuk budaya Malaysia yang unggul. Sebagai warganegara , kita perlu mengetahui asal usul bangsa sendiri dengan pengetahuan ini maka akan dapat melahirkan warganegara yang sayang akan Negara dan tidak mudah lupa diri apabila berada di Negara orang. kami cadangkan supaya pelajar-pelajar di Malaysia menittikberatkan hal yang berkaitan dengan sejarah-sejarah Malaysia agar dapat mengenang jasa-jasa pahlawan Negara yang sanggup berkorban untuk mempertahankan tanah air daripada dijajah. Sekian terima kasih.
3) Kekayaan sumber alam telah menarik
perhatian kuasa-kuasa asing untuk menjajah negara kita. Ketiadaan
persefahaman dan perebutan kuasa telah menyebabkan kuasa-kuasa asing dengan
mudah berjaya menjajah apabila mereka telah cuba untuk campur tangan dengan memihak
kepada pihak yang mereka rasakan berkuasa, dan mudah terpengaruh dengan
kata-kata mereka.
No comments:
Post a Comment